CERITA PENGLIPUR LARA
DEFINISI:
Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya “Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama”, ‘Penglipur’
membawa maksud penghibur, manakala ‘Lara’ pula bermaksud duka atau
kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata ‘Penglipur’ dan ‘Lara’
membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau
dukacita.
Cerita
Penglipur lara dikenali juga sebagai ‘folklore’. R.O Winstedt menamakan
penglipur Lara sebagai roman rakyat (flok ramances). Cerita Penglipur
Lara ialah cerita-cerita roman yang mengandungi unsur “adventure”.
Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau
golongan-golongan putera-puteri, cerita raja dengan segalagambaran
keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa
(“supernatural”).
Cerita
Penglipur Lara terkenal di kalangan masyarakat Melayu kerana
cerita-cerita ini mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri.
Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang
cerita dan cara persembahan cerita tersebut.
Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Pengliur Lara dikenali sebagai Kaba.Mengikut
kajian tukang-tukang cerita atau penutur cerita Penglipur Lara ini
terdapat dua golongan iaitu Tukang cerita “profesional” dan “amatur”.
Cara penyampaian menggunakan “kepakaran” mereka tersendiri. Contohnya
dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan
menggunakan alat-alat muzik yang serdahana seperti rebab, biola dan
sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan cerita
dalam bentuk prosa lirik.
CIRI-CIRI CERITAPENGLIPUR LARA
Cerita
penglipur lara yang kita dapati melalui kajian terbahagi kepada tiga
bahagian. Dimana ciri-ciri ini dilihat dari segi tema, malah cerita
penglipur lara ini juga berpusat di kalangan putera-puteri Raja serta
cerita ini mempunyai ciri-ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi.
DARI SEGI TEMA
Dalam
keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira
dengan wirawati. Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan
sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh
hal-hal yang tertentu. Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan
yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita Penglipur
lara dan dalam masa yang sama menarik minat para pendengar untuk
mengetahui kisah selanjutnya. Persoalan yang biasa diutarakan ialah
mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan
kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara.
Halangan
dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akandapat diatasi dengan
mudah dengan pertolongan benda-benda sakti atau senjata sakti seperti
yang berlaku di dalam cerita-cerita Penglipur lara. Selain daripada itu
juga para wira sendiri juga memiliki kesaktian dan kegagahan mereka
tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta halangan unutuk
berjaya dan mencapai hajat wira. Penyelesaian cerita-cerita Penglipur
lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati (happy ending).
CERITA BERPUSAT DI KALANGAN PUTERA-PUTERI RAJA
Perkembangan
cerita-cerita Penglipur lara ini berkisar di sekitaristana yang
mengisahkan tentang wira dan wirawati dari kalangan putera-puteri raja.
Latar cerita yang di cipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi
(khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan
pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh
manusia terletak di bumi. Disinijelas nyata dapat kita lihat bahawa
hubungan kedua-dua alam ini tiada batasannya.
Dalam
cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja khasnya wira dan
wirawati dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi dari kayangan.
Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira mendapat
bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya.
BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI
Keseluruhan
cerita Pemnglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan
yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu
sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar
sedap di dengar serta menarik minat pendengar.
FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA
Berfungsi sebagai ‘alat’ hiburan
Cerita-cerita
Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai ‘alat’ hiburan bagi
masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis
ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya
dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita Penglipur
larajuga dijadikan sebagai suatau ‘perlarian’ bagi golongan rakyat
jelata yang miskin dan hidup dikelingi penderitaan kerana isis cerita
Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan
ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang
sebenar.
Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral
Cerita-cerita
Penglipur lara kaya dengan unsur-unsur moral dan etika yang dapat
dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam
cerita Penglipur lara ialah :
i) SIFAT HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA.
Wira
dan wirawatitidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda, walaupun
adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah mereka
akan meminta izin terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka
sebelum keluar mengembara.
ii) SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN (RAJA)
Dalam
cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai
perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.
iii) SIFAT-SIFAT PATRIOTIK DAN CINTAKA TANAH AIR
Sifat
ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahupun
rakyat jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah kalah, berganding
bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar dan sanggup
mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati-matian hingga ke
titisan darah yang terakhir.
iv) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA DAN RAKYAT
Kemersaan
hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar
ketika upacara tertentu diadakan di istana, misalnya ketika malis
perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua golongan rakyat datang
beramai-ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan
muda. Ini jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di bawah;
“Yang capik datang bertongkat,
Yang buta datang berpimpin,
Yang pekak datang bertanya,
Yang kurap mengekor angin.”
V) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK
Sifat
ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau Bujang
Selamat. Selain itu kedua-dua watak ini melambangkan kesetiaan dan
watak-watak “pekerja” yang bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi
sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
kepadanya.
iv) SIFAT BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG
Sifat
ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana mereka
akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai apa yang dihajati.
Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari untung dalam
apa jua yang mereka lakukan.
PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA
Sering
diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan
dan menganggungkan raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara
formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita – cerita penglipur
lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan
nilai-nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang baik akan dapat
ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif
seperti tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang buruk dalam
sesebuah keluarga dan masyarakat.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak dan perwatakan dalam ceruta Penglipur lara ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu :
i) WATAK UTAMA (PROTAGONIS)
Watak
ini dipegang oleh wira dan wirawati yang terdiri dari kalanagan
anak-anak raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak
baik da mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan keberanian yang
tidak terdapat di kalangan kebanyakkan orang. Peranan watak utama iaitu
wira akan mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Disini jelas
diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan,
kesusahan dan sebagainya, tretepi semuanya akan berakhir dengan kejayaan
di atas kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki.
ii) WATAK PEMBANTU
Biasanya
watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu,
pengasuh, pengiring pada watak utama sam ada pada watak utama sama ada
pada watak wira atau watak wirawati seperti nenek kebayan, Kembang Cina
dan bujang selamat yang menjadi pembantu dalam tindak – tanduk
watak utama.
iii) WATAK JAHAT (ANTAGONIS)
Gambaran
mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang
kepada watak utaa dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan
masalah kepada watak utama. Watak ini di anggap sebagai musuh jahat
kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan
peperangan.
STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA
Cerita-cerita
penglipur lara tiada banyak bezanya kalau kita lihat ianya terbahagi
kepada tiga bahagian. Dimana dalam cerita ini terdapat permulaan cerita,
kemudian bahagian pengembaraan. Dan dalam bahagian pengembaraan, disini
kita dapati sesebuah cerita itu terus berkembang kekemuncaknya serta
bahagian akhir sekali ialah penamat cerita. Manakala dalam bahagian
akhir ini cerita akan mula menurun dan berakhir dalam dua ketogeri
samaada menemui kebahagian atau berakhir dengan kesedihan. Di bawah ada
diterangkan bagi setiap bahagian.
i) Bahagian awal:
Disini
akan diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal
dimulakan dengan perkenalan tentang kelahiran wira, kehidupannya
sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira.
Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar
biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang
disertai dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang luar
biasa. Kadang-kadang ada wira yang lahi dengan barang-barang yang ajaib
serta kesaktian.
ii) Bahagian pengembaraan:
Seperti
yang dinyatakan mula-mula tadi di mana, disinilah bermulanya perkembang
cerita sehingga menuju ke kemuncak cerita. Dalam cerita Penglipur lara
ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana dengan tujuan-tujuan
yang tertentu. dalam pengembaraan inilah wira menghadapi pelbagai
halang dan rintangan seperti terpaksa berlapar, tiada tempat tidur,
merentasi hutan belantara dengan segala cabaran yang menguji kesabaran
serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai. Peperangan juga berlaku
di antara watak wira dan watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai
hajat mereka dengan cepat. Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur
percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang
disinggahi.
iii) Bahagian akhir:
Setelah
berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun
mencapai kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah
berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri
atau isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan
kemegahan memerintah kerajaan yang besar.
KUPASAN PETIKAN CERITA
Ø Pergolongan cerita:
Karya di atas tergolong cerita penglipur lara Melayu.
Ø Ringkasan cerita:
· Sebelum pengembaraan:
Mengisahkan
latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa
yang memerintahkan di negeri bandar muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan
Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat
sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal.
Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua,
berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim Deman
pergi ke hulu sungai muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal
isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan
daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.
Ø Dalam masa pengembaraan:
Semasa
mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing
perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita
mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan,
mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan.
Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat
Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan
Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri
baju layang tuan puteri. Puteri Bongsu tidak boleh pulang semula ke
kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan pertolongan Nenek Kebayan,
Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke
Bandar Muar.
Malim
Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi menurut isterinya
dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan
perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami
dan ayah. Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan
si Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu
berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali
ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau
mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri
Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu
terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan
kemudiannya bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang
Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan.
v Selepas pengembaraan:
Malim
Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan
puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan
Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya
kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai
kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan ‘happy ending’ – kebahagiaan
watak utama.
Peranan watak dan sifat watak
Ø Watak utama:
Ø Watak wira:
Sifat
anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak
serta kesaktiaan yang luar biasa. Malim Deman berjaya mengalahkan
Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki
kerajaan yang besar dan ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak
seperti menyamar dan mencuri baju layang Puteri Bongsu untuk mendapatkan
puteri itu.
Ø Peranan watak:
Sebagai
anak raja yang mengembara kerana mencari isteri seperti yang diperolehi
dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa mengembara dalam mencapai tujuan
dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh Mambang Molek sebelum berjaya
membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan Puteri terus Mata.
Ø Watak wirawati:
Seorang
puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilang—gemilang wajahnya.
Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok bandingnya. Puteri bongsu bersama
saudara-saudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan
bermain di taman nenek kebayan. Baju layangnya dicuri oleh ‘pengail’
menyebabkan ia tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu
menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang putera. Tuan Puteri
kecewa dengan sikap Malm Deman, menyebabkan ia merajuk dan membawa hati
kembali ke kayangan dengan hati yang luka. Di kayangan, Tuan Puteri
Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang Molek, bekas tunangannya
tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang
Molek. Bersama puteranya, ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan
kembali ke istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera
dan suaminya.
Ø Watak pembantu:
Terdiri
daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan si Kembang Cina. Bujang
Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Bujang
Selamt sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim
Deman pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada tuannya.
Nenek
Kebayan juga berperanan sebagai pembantu kepada Malim Deman terutama
dalam mencapai sesuatu hajat. Nenek Kebayanlah yang membantu dan memberi
perlindungan kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya.
Nenek Kebayan juga yang mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu
serta memberitahu Malim Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan
pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan
Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke kayangan.
Si
Kembang Cina: seorang pengasuh perempuan yang memiliki wajah yang
cantik. Malim Deman asyik dan leka dengan Si Kembang Cina, menyebabkan
Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri.
Ø Watak jahat (antagonis):
Watak
jaht terdiri daripada mambang Molek tunangan Tuan Puteri Bongsu di
kayangan. Watak jahat ini berperanan sebagi musuh kepada musuh kepada
wira sebelum Malim Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim
Deman terlebih dahulu mesti menetang Mambang molek. Watak jahat ini
dapat dikalahkan.
v Gaya bahasa:
Dalam hikayat Malm Deman terdapat penggunaan pantun, gurindam dan bahasa berirama.
Ø Contoh gurindam:
“Awak tua bandar terbuka’
Emas habis dagangan mudah,
Kerbau kambing sesak di pandang,
Itik angsa tenang kuala,
Merpati lindungan langit,
Rengkiang tujuh sejanjar,
Teman dengan sekerat kota”,
............................
(Hikayat Malim Deman hal. 2)
Ø Contoh pantun:
“Tetak seranting buatkan kolek,
Buat pagar bunga di taman,
Tuanku putera yang kecil molek,
Puter Tuanku Malim Deman.
Buat pagar bunga di taman,
Ikat dengan rotannya getah,
Putera Tuanku Malim Deman,
Seisi negeri menjunjung duli”.
Ø Contoh perumpamaan:
“Bagai pucuk dilancarkan,
Bagai kumbang putus tali,
Penig kepala bagai dibaji,
Sakit hati bagai digunting”.
Hasil:
Dorothy
CERITA BINATANG
DEFINISI:
Cerita
binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat(sastera lisan) yang
disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada
generasi yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita
tertua,sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil
sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman
purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang
ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang
sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai
watak utama yang dipersonafikasi,binatang diceritakan dan berinteraksi
dengan manusia.
Semua
sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam
cerita-cerita binatang melayu seperti
bercakap,menipu,berbincang,berfikir dan sebagainya. Dalam cerita-cerita
tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan
terkadang-kadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia.
Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya sebagai watak
sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah
pelanduk,buaya,gajah,harimau,
Anjing,ular,arnab,kura-kura,musang,haling,ayam,burung bangau,kambing,lembu dan kerbau.
Sebahagian
daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang
asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik
antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia.
Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang
kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan
menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang
binatang yang besar dan kuat itu.
FUNGSI:
Cerita
binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati,pada masa kini
cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat
sederhana khususunya di kalangan kanak-kanak dan kini cerita binatang
ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak-kanak. Selain itu
cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar,mendidik,mnyindir atau
mengkritik masyarakat melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini disampaikan
dalam bentuk kiasan,sindiran dan lambang. Tetapi yang
nyata,cerita-cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan social
yang disamapaikan secara kiasan atau lambang kepada binatang.
Kadang-kadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat pada sasarannya.
Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan,dan kemalasan
manusia untuk menyuruh menyedari dan memperbaiki diri dikiaskan kepada
binatang.
Pada
masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah digunakan untuk mengajar
anak-anak raja atau anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran
untuk menyampaikan pengajaran itu secara terus terang,maka pengajaran
itu diberikan secara halus melalui cerita-cerita binarang yang bercorak
simbolik. Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada
kenak-kanak secara halus dan tidak langsung.
CORAK CERITA BINATANG.
Iaitu:-
Epos Binatang.
Epos
binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan
untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang
selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan
Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang
mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain
yang lebih besar daripadanya.
Cerita Asal Usul.
Cerita
Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu
sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing
bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan
lain-lain lagi.
Cerita Sambut-bersambut
Cerita
jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan
kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi
watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus.
Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang
melahirkan irama yang menarik.
Dalam
kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai
cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau
dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat
kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku
manusia.
Sebagai
kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia
yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsirkan makna tersirat
melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan
serta perangai manusia sama ada manusia
besar(gajah,harimau,buaya,kerbau) manusia
kecil(kura-kura,semut,agas-agas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk)
dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan
kepada keperibadian manusia itu sendiri.
KUPASAN CERITA BINATANG.
Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak,ialah:-
Anjing dan bayang-bayang.
Melalui
cerita ini,pada suatu hari watak utamanya,seekor anjing telah terjumpa
seketul tulang. Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui
sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di dalam sungai itu
menggongong tulang juga,anjing itu berasa marah lalu membuka mulut
hendak merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu
sedangkan anjing itu refleksi bayang-bayangnya sendiri. Apabila anjing
itu membuka mulut,maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke dalam
sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai kenikmatan yang
ada pada tulang yang digonggongnya,malahan memperolehi kerugian.
Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur:-
Helang dengan Ayam.
Melalui
cerita ini,Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya bersahabat baik tetapi
kemudiannya bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu memulangkan jarum
sakti kepunyaan Si Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan
menyimpan dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah sebebnya Si
Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini,Si Ayam
diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si
Helang pula diumpamakan sebagai manusia pedendam yang tidak mahu
memaafkan kesalahan temannya.
Hasil: Md Rozaidee
CERITA JENAKA MELAYU.
DEFINISI DAN CIRI-CIRI
Cerita
Jenaka Melayu adalah salah satu daripada Sastera Rakyat. Setiap bangsa
di muka bumi ini mempunyai cerita-cerita jenaka dalam kesusasteraan
lisan mereka. Cerita-cerita tersebut dikenali dengan istilah-istilah
sepertiMerry tales, tall tales, droll tales dan lain –lain.
Cerita-cerita jenaka yang terdapat di seluruh dunia bukan sahaja
mempunyai persamaan pada motif atau isi ceritanya, tetapi juga dalam
maksud dan bentuk ceritanya. Semua cerita jenaka itu mempunyai maksud
hiburan, petunjuk, sindiran, seperti yang terdapat pada cerita-cerita
binatang.
Gambaran
watak adalah sangat penting dalam cerita-cerita jenaka. Melalui
gambaran perwatakan tersebut dapat ditentukan kejayaan sesuatu cerita
demi untuk memperlihatkan unsur-unsur kelucuan. Unsur-unsur kelucuan
dalam cerita-cerita jenaka ini didasarkan kepada tindak-tanduk watak
yang menggambarkan tabiat dan sifat manusia yang berlebihan. Gambaran
tentang kejenakaan itu ditambah dengan keragaman penghidupan manusia
dalam bentuk kelemahannya, kebodohannya, kelurusan yan melulu dan
sebagainya. Gambaran seperti ini amat perlu untuk menimbulkan kelucuan
dan kejenakaan
Unsur-unsur
kejenakaan ini boleh ditimbulkan dengan berbagai-bagai cara.
Faktor-faktor yang boleh menimbulkan kelucuan adalah seperti yang
berikut;
1. sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar
2. adanya unsur-unsur kebetulan dalam cerita
3. kelucuan yang ditimbulkan dari jalan cerita itu sendiri
4. adalah permainan kata-kata yang melucukan
Selain faktor di atas mungkin terdapat berbagai-bagai aspek lain yang dapat menimbulkan gambaran kejenakaan.
Unsur-unsur
kelucuan dalam cerita-cerita jenaka amat berbeza dengan lakonan di atas
pentas yang bergantung kepada gerak-geri atau aksi seseorang pelakon
itu di samping tutur katanya yang melucukan. Cerita-cerita jenaka
memerlukan gambaran sifat tokoh utama yang bercorak keterlaluan dalam
perbuatannya seperti terlaluan dalam perbuatannya seperti terlalu tolol
atau pintar. Daripada gambaran sifat tersebut serta laku perbuatan watak
itu dapat menimbulkan rasa geli hati.
Cerita-cerita
jenaka dicipta berdasarkan kebijaksanaan dan keupayaan pengarangnya
untuk menimbulkan unsur-unsur kelucuan. Selalunya pengarang menggunakan
kejadian yang kurang sopan atau perbuatan kebodohan atau sikap yang
keterlaluan dalam melaksaankan tugas sehari-hari. Tujuan pengarang
hendakmengecam sifat-sifat manusia yang kurang sopan, janggal, atau
keterlaluan membuat sesuatu pekerjaan tanpa mahu bertolak ansur lagi.
Di
kalangan berbagai-bagai bangsa terdapat bermacam-macam cerita jenaka.
Watak-watak lucu dalam cerita-cerita tersebut menjadi lambang
sifat-sifat manusia yang sangat dikenali di dalam masyarakatnya.
Terkadang-kadang cerita-cerita jenaka ini pendek-pendek mengisahkan
tentang peristiwa yang lucu akibat daripada perbuatan manusia yang bodoh
dan tolol. Cerita-cerita jenaka ini berkisar pada satu-satu watak
tertentu atau ceritanya berbingkai mengisarkan seorang watakbodoh dalam
berbagai-bagai peristiwa yang menggelikan hati.
Cerita-cerita
jenaka lahir di kalangan berbagai-bagai bangsa di dunia seperti
The Irishman di Iceland, The Abedonian di Scotland, The London Al Derman
di England dan Eulenspeiged di Jerman. Bagi orang Arab, watak Khoja
Nasaruddin dan Abu Nawas sering muncul dalam cerita-cerita jenaka
mereka. Khoja Nasaruddin juga muncul dalam sastera Turki, manakala
suku-suku di Nusantara seperti Pak Banjir, Jaka Bodo (Jaka Dolog), Jaka
Lelor, Semar, Petrok terkenal dalam sastera lisan Jawa. Dalam sastera
lisan Aceh terkenal dengan watak Si Gasin Mesekin. Dalam sastera liusan
Batak terkenal dengan watak-watak Si Bilolong, Ama ni Pandir, dan Si
Andingkir. Di Sunda pula watak Aki Bolong terkenal dalam cerita-cerita
jenaka mereka dan sebagainya.
Unsur-unsur
tersebut menampakkan cerita-cerita jenaka mempunyai persamaan dengan
cerita-cerita jenaka yang terdapat dalam kesusasteraan di India.
Misalnya, cerita Mat Jenin yang mengisarkan tentang watak MatJenin
seorang miskin yang mengambil upah memanjat pokok kelapa. Sewaktu dia
memanjat pokok kelapa dia berangan-angan bergurau dengan tuan puteri.
Tanpa disedari tangannya terlepas daripada memegang pokok kelapa. Mat
Jenin jatuh lalu mati.
Cerita-cerita
jenaka seperti ini terdapat persamaannya dengan sebuah cerita dalam
kesusasteraan India, iaitu Hikayat Punca Tanderan yang
mengisahkan tentang seorang Brahmin miskin yang mengambil upah menjual
bertih. Dia berangan-angan menjadi kaya dan mendirikan rumahtangga
dengan seorang wanita yang cantik. Tetapi kerana isterinya tidak pandai
menjaga anak-anaknya maka dia naik radang. Lalu dipukul isterinya dengan
tongkat. Rupanya dia sedang berangan-angan, Brahmin itu terpukul periuk
bertihnya. Maka habislah semua bertih tumpah ke tanah. Apabila Brahmin
sedar dia sedar dia berasa amat menyesal.
Dengan
demikian cerita-cerita jenaka Melayu tidak seharusnya dianggap semuanya
sebagai pinjaman dari luar kerana berdasarkan beberapa persamaan pada
ciri-ciri yang tertentu.Cerita-cerita jenaka Melayu itu diciptakan oleh
orang Melayu sendiri berdasarkan pengalaman yang sama dialami oleh
mereka kerana watak kebodohan itu bersifat universal wujud dalam semua
kebudayaan manusia. Walau bagaimanapun harus diakui terdapat juga
cerita-cerita jenaka yang dipinjam dari luar seperti “cerita Abu Nawas”
yang disadurkan ke dalam bahasa Melayu. Malah terkadang-kadang
cerita-cerita saduran itu pula diubahsuai atau ditokok tambah oleh
orang-orang setempat sehingga cerita-cerita itu menjadi sebahagian
daripada warisan tradisi setempat.
Cerita-cerita
jenaka dicipta berlatarkan belakangkan masyarakat Melayu tradisi.
Segala gambaran dalam cerita-cerita itu bersesuaian dengan pengalaman
dan pandangan masyarakat Melayu tradisi. Dengan hal yang sedemikian
cerita-cerita itu amat digemari oleh orang-orang Melayu.
FUNGSI
Sungguhpun
tujuan cerita-cerita jenaka untuk memberikan hiburan dan keseronokan
bergelak ketawa, tetapi cerita-cerita tersebut juga membawa perutusan
yang bercorak pengajaran. Misalnya dalam cerita Pak Pandir di gambarkan
bagaimana keburukannya yang terlalu bodoh dan terlalu lurus bendul. Pak
pandir yang membuat sesuatu tanpa usul periksa dan tidak memikirkan apa
yang hendak dilakukannya sehingga mendatangkan mudarat kepada dirinya
dan juga keluarganya.
Tindakan
yang terburu-buru dan mengikut emosi selalu menimbulkan akibat yang
tidak baik dan menyebabkan penyesalan. Pak pandir yang disuruh oleh
isterinya untuk memandikan anaknya dengan air panas telah menyebabkan
anaknya mati kerana ia memandikan anaknya itu dengan air panas yang
mendidih. Kepintaran dan kecerdikan boleh memberikan faedah kepada
diri seseorang.
PERANAN WATAK DAN STRUKTURNYA.
Apa
yang sangat penting dalam persoalan cerita ini ialah tentang
kepandaian, kepintaran, tipu helah, kebodohan dan ketaatan. Perwatakan
seperti ini sangat penting kerana ia membantu watak dalam cerita ini
untuk meneruskan hidup mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian mereka
akan di tindasdan disisi daripada masyarakat ketika itu. Pak Pandir
melakukan semua itu kerana terlalu taat kepada isterinya. Dalam pada
itu, dia juga bertindak terburu-buru sehingga berkelakuan bodoh sehingga
tidak memikirkan apa yang sebenarnya yang di suruh oleh isterinya.
Walaupun begitu ini tidak bermakna Pak Pandir itu bodoh dan tidak tahu
berfikir, cuma dia tidak mahu mwenyoalkan tentang perintah isterinya
itu.
Selalunya
cerita seperti ini di ceritakan kepada anak-anak kecil supaya mereka
tahu tentang kebaikan dan keburukan. Ini juga kerana cerita ini
mempunyai persoalan yang berunsur pengajaran dan nasihat yang patut di
sampaikan kepada anak-anak kecil supaya apabila dewasa nanti mereka tahu
menilai yang baik dan yang buruk.
Cerita
ini menunjukkan kita bahawa setiap kelemahan dan keburukkan tersendiri.
Jika terlalu mementingkan diri dan angkuh. Orang yang berkuasa akan
menghina orang bawahan dan ini telah menjadi lumrah alam. Orang kaya
akan menghina orang miskin yang tidak mempunyai harta kekayaan. Tetapi
mereka juga manusia dan mempunyai perasaan seperti orang lain dan ada
hak untuk menikmati hidup yang biasa. Lalu cerita Pak Pandir mengajar
kita melalui persoalan yang di kemukakan oleh pngarang cerita ini. Dia
ingin menyampaikan mesejnya kepada pembacanya tentang pengajaran dan
nasihat dalam cerita ini. Dia mengajar kita supaya menjadi orang baik
dan berbudi vbahasa. Di akhir cerita dia mengisahkan tentang Pak Pandir
yang mana akhirnya mati kerana tipu helahnya untuk mendapat kekayaan dan
kesenangan. Sesuatu yang mulanya baik tidak akan diakhiri dengan tidak
baik. Semuanya akan berudah mengikut takdir dan nasib seseorang itu.
SINOPSIS CERITA PAK PANDIR.
Pak
Pandir ialah seorang yang bodoh dan dungu. Apabila isterinya, Mak Andih
menyuruhnya mencari umpan belalang rusa untuk memancing ikan, dia
menangkap rusa di dalam hutan dan dibawakan kepada Mak Andih. Apabila
Mak Andih pergi keluar sebentar, dia berpesan kepada Pak Pandir supaya
memandikan anak mereka dengan air panas. Maka Pak Pandir pun memandikan
anaknya dengan air yang sedang mendidih sehingga mati anaknya itu.
Selepas kematian anaknya itu, diadakan kenduri, maka Mak Andih menyuruh
Pak Pandir membeli kerbau. Oleh sebab Pak Pandir tidak mengenal kerbau,
Mak Andih menerangkan bahawa yang meragut-ragut rumput itulah kerbau.
Apabila ditemui orang sedang menyabit rumput. Pak Pandir pun membeli
sabit itu. Kemudian Mak Andih telah menyuruh suaminya menjemput Lebai
untuk menghadiri kenduri di rumahnya. Mak Andih memberitahu tanda Lebai
ialah berjanggut. Apabila Pak Pandir berjumpa dengan kambing.
disangkanya itulah Lebai, lalu ditangkap kambing itu dan dibawa pulang.
Oleh sebab Pak Lebai tidak ditemui, Mak Andih menyuruh Pak Pandir
memanggil Datuk Keramat Jin Islam. Tetapi Pak Pandir sesat lalu
dipanggilnya gergasi. Kemudian gergasi itu mati kerana tenggelam di
dalam sungai. Maka harta gergasi itu diambil oleh Pak Pandir. Pak Pandir
mengaku dirinya raja Mambang, lalu berkahwin dengan seorang puteri
raja, tetapi rahsianya bocor, lalu dibuang ke dalam hutan. Oleh kerana
kelaparan Pak Pandir memakan pisang dengan kulitnya, kemudian dia pun
mati.
mati.
No comments:
Post a Comment