CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT(tradsional)
CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
1. Penyebaran
dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan
kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal
bahan tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih
mengekalkan ciri kelisanannya. Ada juga hasil yang masih lagi tersebar
secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.
2. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.
3. Wujud
dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur
tokok-tambah tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan
itu sudah menjadi satu versi yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya
berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patinya tetap kekal.
5.
Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam bentuk tokok-tambah oleh
penutur dan pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama
masyarakatnya.
6.
Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik bersama masyarakat secara tidak
langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan
falsafah hidup masyarakatnya. Penyataan tersebut mungkin dilahirkan
secara terus terang atau secara tersirat.
7. Oleh
sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan,
penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan
ketika berhadapan dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya
cukup sederhana dan seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan
kasar.
8. Kesusasteraan
rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur
Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum
mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang
mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi
empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula
merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat.
Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula
dan pola yang tertentu.
9. Kesusasteraan
rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri
yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan
tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan
perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat.
10. Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu masyarakat.
No comments:
Post a Comment