FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)
1. Sebagai “Alat” Hiburan
2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik.
Hasil-hasil
sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur
pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita
lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat
bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya
anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong
dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu
binatang dalam cerita-cerita Binatang.
Melalui
cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak
derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan
selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita
roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan
gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat
dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni
dan sejahtera.
3. Sebagai “Alat” Mengkritik.
Cerita-cerita
lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau
sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui
cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan
golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa
dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui
cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap
orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering
mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk
kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.
4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.
Sastera
lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat
perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya
dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu
berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak
pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung
adat meminang dan ketika majlis persandingan.
5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”.
Setengah
kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian
undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah
kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.
JENIS SASTERA LISAN (RAKYAT)
Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
a. Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)
b. Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif)
a) Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)
Sastera
lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau
cerita lisan. Ia terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut;
I. Cerita Lipur Lara (panglipur lara)
II. Cerita Jenaka
III. Cerita Binatang
IV. Cerita Asal usul
V. Cerita Hantu
VI. Cerita Teladan
Termasuk dalam penggolongan berbentuk cerita ialah cerita-cerita mitos dan legenda.
b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan
Naratif)
No comments:
Post a Comment