Contohnya
Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak,
kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar
seperti harimau, gajah dan buaya. Kepintaran sang kancil dapat juga
dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi
kesedaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan
tolong-menolong antara satu sama lain.
PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG:-
Terdapat tiga peranan yang penting Sang Kancil di dalam cerita Binatang:
a. Sang Kancil mengalahkan binatang yang besar:
1. Sang Kancil membuat tipu-helah untuk melepaskan dirinya dari
harimau.
2. Sang Kancil melepaskan kaki kerbau yang digigit buaya dengan
mengatakan yang digigitnya ialah kayu.
3. Sang Kancil menipu buaya untuk menyeberang sungai.
4. Sang Kancil menipu harimau menyuruh memakai tali pinggang Nabi Sulaiman. Sebenarnya ialah ular.
5. Sang
Kancil menipu harimau dengan menyuruh meniup buluh perindu Nabi
Sulaiman. Akhirnya lidah harimau tersepit dicelah batang-batang buluh
yang bergeser.
6. Sang Kancil dengan buaya.
7. Sang
Kancil dengan anjing, sang Kancil kena jerat oleh manusia dan
menyatakan kepada anjing tidak hendak kahwin dengan anak gadisnya.
8. Sang Kancil menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau adalah santapan Raja Nabi Sulaiman.
9. Sang Kancil menipu harimau menyuruh harimau memukul sarang tebuan. Sarang tebuan itu ialah gong Nabi Sulaiman.
Ini
menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan otaknya untuk melepaskan diri
dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan
kiasan kepada rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan
kepintaran apabila membuat sesuatu.
Jika
dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan
binatang besar. Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika
dibandingkan manusia.
b. Sang Kancil memainkan peranan sebagai hakim:
1. Sang
Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang saudagar dengan
bapa kanak-kanak. Perbalahan ini berpunca dari kanak-kanak yang menjadi
sihat kerana tercium masakan si kaya.
2. Sang Kancil telah mendamaikan pergaduhan antara kambing dengan harimau.
3. Sang
Kancil telah menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu
mengembalikan beliung. Dikatakan beliung habis dimakan bubuk. Sang
Kancil telah melumurkan badannya dengan abu. Bila Nabi Sulaiman bertanya
kenapa begini, ia mengatakan sewaktu hendak mandi sungai terbakar.
Dengan itu badannya penuh abu. Nabi Sulaiman tidak percaya kata-kata si
peminjam yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.
4. Sang Kancil telah mendamaikan raja kera dengan raja gajah yang merebut kuasa.
5. sang kancil dapat menyelesaikan persengketaan dikalangan rakyat.
Dalam
bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan
perbuatan binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya
sedar akan kelemahan yang sebenarnya. Mengapa pula binatang yang kecil
dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia adalah kejadian
yang paling istimewa daripada yang lain.
c. Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil:
1. Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.
2. Sang Kancil dikalahkan oleh agas.
3. Sang Kancil dengan bangau.
Ini
adalah pengajaran moral kepada masyarakat. Seseorang itu walaupun
mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong,
lupa daratan, seperti pepatah ‘Sepandai-pandai tupai melompat
akhirnyajatuh jua’. Ini merupakan kritikan, sindiran dan berupa kiasan
kepada Kancil kepada mereka yang kaya dan tinggi diri. Ada masanya
sesekali akan tertipu juga.
No comments:
Post a Comment